Monday, 27 August 2012

MAC studio finish concealer

I love this concealer very much. I love almost everything about this concealer!
Sebelum jumpa concealer ni, saya memang tidak suka pakai concealer untuk menutupi cela. Tapi setelah try this concealer, OMG i suka sebab ia sangat hebat!

Warna yang i pilih ialah NW25. Ok, this tone untuk concealer je tau. For foundation, i guna NC35. To cover dark area, it is good to choose NW (warm) daripada NC (cold). Tapi, bagi mendapatkan warna yang paling sesuai untuk anda ialah dengan cara mencubanya dahulu sebelum beli! Try it on.. jangan segan. Kalau boleh, minta SA pakaikan concealer dan foundation sekali untuk tengok sesuai ke tak. Ramai yang regret selepas membeli foudation dan concealer sebab warna yang dipilih tidak begitu sesuai. Sangat merugikan.. 

Yang best sangat about this concealer ialah coverage nya.. memang awesome ok. No problem untuk cover blemishes, redness, scars, dark circle.. actually can cover about ANYTHING. Kita boleh build up the coverage.. dan lagi satu ia tidak bercapuk. Tekstur dia pulak quite creamy. Bila dah dipakai pada kulit, ia tidak oily dan cepat je kering. Kalau rasa susah nak apply sebab keras (bila di tempat sejuk), boleh cuba satu tips ni. Sapu concealer ini pada tangan dan gosokkan ia dulu untuk panaskan dia. Satu peringatan, jangan letak di tempat yang bersuhu tinggi, contohnya tinggal dalam kereta di siang hari. Ini kerana this stuff boleh cair dan jadi messy. 

The packaging is so portable too! Dia punya packaging adalah sama seperti MAC eyeshadow. But one thing that i kurang suka ialah sebab ia ada SPF35.. Concealer atau foundation yang ada SPF yang tinggi ni nampak tak cantik dalam gambar sebab ia boleh memantul cahaya, so muka nampak kilat tempat kita apply tuh! But the rest is great.. i love it and recommended! Berikut ialah my summary of the pro and cons of this concealer.

Pro:
  • Medium to full coverage, definitely can build up easily
  • Creamy and blendable texture
  • Nice packaging
  • Available in various shades
Cons:
  • SPF 35

Wednesday, 22 August 2012

Beauty Book Collection #1: The Skin Type Solution - by Leslie Baumann, M.D.



This is my first beauty book. Buku ni mendapat review yang baik daripada dermatologists worldwide. Dan the author sebenarnya juga seorang dermatologist. This book is very useful for those who want to discover their skin type.

Saya pasti ramai yang hanya mengetahui ada tiga jenis keadaan kulit iaitu dry skin, oily skin and combination skin. Dalam buku ni, Baumann actually discovered 16 skin types! Banyak bukan? The book will guide the reader to answer some questionnaires for skin typing. Ada 4 perkara untuk diambil perhatian during skin typing :
  • Oily or Dry (O, D)
  • Sensitive or Resistant (S, R)
  • Pigmented or Non-Pigmented skin (P, N)
  • Wrinkled or Tight (W, T)
Jadi, setelah menjawab some questionaires dalam buku ni, pembaca akan dapati kulit mereka adalah salah satu daripada  kombinasi berikut:

  i) OSPW
  ii) OSPT
  iii) OSNW
  iv) OSNT
  v) ORPW
  vi) ORPT
  vii) ORNW
  viii) ORNT
  ix) DSPW
  x) DSPT
  xi) DSNW
  xii) DSNT
  xiii) DRPW
  xiv) DRPT
  xv) DRNW
  xvi) DRNT

So, which one is yours?




Bila dah tau kita punya skin type, boleh la kita terus ke chapter skin type kita.. Mine is OSPW  (Oily, Sensitive, Pigmented, Wrinkled). So di setiap chapter, buku ni akan describe tentang jenis kulit tersebut, kelemahan jenis kulit tersebut terhadap faktor-faktor tertentu, everyday care for the skin type, daily skin care, recommended skin care, skin care ingredients to use and to avoid, dan macam-macam lagi. 

Buku ni sebenarnya saya discover about 2 years ago. Time tu tiba-tiba naik jerawat kecik-kecik kat pipi dan dan dagu, dan tak hilang-hilang setelah berbulan-bulan. So, setelah buat some research on the internet, i found this book yang mana banyak good reviews. Setelah ikut tips-tips especially the skin care ingredients to use and to avoid dalam buku ni, alhamdulillah jerawat kecik-kecik tu beransur hilang dan sekarang tiada lagi!

Untuk bunuh bakteria p acnes yang menghasilkan jerawat, saya gunakan benzoyl peroxide (BP) jenama Paula's Choise sebagai spot treatment. Dan untuk prevent clog pores, comedones, and untuk exfoliate, saya guna 2% beta hydroxy acid (BHA) jenama Paula's Choise jugak.. OK cukup tentang product review..this entry is actually for book review.. hehe.

See ya!


My beauty books collection

Siapa suka baca buku? Saya bukan lah pencinta buku yang tegar. Tapi kalau buku-buku berunsur beauty, health and fitness, memang saya gemar! This time I wanna share my beauty books collection. Tak banyak pon.. Setakat ini cuma ada 4 biji saja.. Jom kita tengok in the next entries!




Berus mekap

Untuk first entry ni, saya nak sembang sikit pasal berus mekap.
Ada macam-macam tools untuk kita apply makeup pada wajah kita. Ada yang pakai jari, ada pakai span, dan ada juga yang pakai berus. Mana satu pilihan anda? Saya pilih berus dan jari..

Kat luar sana ada macam-macam jenis berus mekap untuk dipilih. How many and which brushes do we need? Ok.. itu terpulang pada keperluan masing-masing ye.. Untuk mekap artis, sudah pasti mereka perlukan banyak jenis berus untuk fungsi-fungsi tertentu. Untuk kita-kita yang nak bermekap pergi keja, kelas or bersiar-siar hujung minggu, mungkin hanya perlu beberapa jenis berus yang basic saja.

So kt bawah ni ialah my most used makeup brushes.




1) Stippling brush - MAC 130 brush



Kegunaan berus ini ialah untuk apply liquid or cream foundation. For me, the size is actually quite small, and it will take ages to apply foundation to my whole face. So, for my foundation routine, biasanya saya akan apply my liquid foundation pakai jari ke seluruh muka, then saya gunakan this brush untuk ratakan dan blend foundation tersebut. Berus ni juga saya gunakan untuk apply concealer. Saiznya yang kecik juga sangat sesuai untuk apply concealer di bawah mata. Berus ni juga sangat-sangat lembut dan rasa sangat selesa kalau nak blending lama-lama pon. Actually, this one is my lastest brush collection.. baru je pakai 2 bulan, dan saya sangat berpuas hati.

2) Powder brush - Body Shop Face & Body brush


Berus ni dah banyak berjasa pada saya. This is my first brush yang telah saya miliki sejak tahun 2007 lagi! Dah lebih kurang 5 tahun..kualiti masih elok, sangat berbaloi-baloi. This brush is super duper soft too. Berus ni saya gunakan untuk apply loose powder. Berus ni jugak boleh digunakan untuk apply compact powder, powder foundation, or even blusher. Time dulu-dulu sebelum memiliki blush brush, saya gunakan berus ini. Size dia agak besar, so kena pandai-pandai adjust kalau nak apply blusher.

3) Blush brush - MAC 129 brush


This is actually a multi purpose brush. Boleh guna untuk apply blusher, powder, or even untuk contouring. So for me, i frequently used this to apply blusher. Berus ni diperbuat daripada bulu kambing. Kelebihan MAC 129 ni bagi saya ialah ia dapat capture banyak powder, nice blending effect.

4) Eyeshadow brush - MAC 213 fluff brush


This brush digunakan untuk apply eyeshadow pada eyelid. The size is just nice. And kelebihan dia jugak dapat capture banyak powder, dan boleh buat blending juga.

5) Blending brush - MAC 224 tapered blending brush


For those yang gemar smokey eyes, this is the perfect brush for you! It blends very well and the effect is superb. It looks very similar to MAC 217 blending brush, but that one berus dia kaler putih. Actually, they are different. MAC 217 is stiffer than MAC 224. And actually, i would prefer MAC 224 more :)

For me, these brushes are great investment! So, kena tau pulak cara untuk cuci dan jaga berus-berus ni supaya they last forever..

See ya!



Hello and salam all..

Yeay.. akhirnya saya ada blog jugak! So lepas-lepas ni boleh la saya post ape-ape aje di sini bila rasa boring.